3 Sumber Jana Pendapatan di Internet
Tajuk ini sememangnya popular kepada sesiapa sahaja yang baru mengenali dunia perniagaan internet. Malah permintaannya semakin meningkat disebabkan kesedaran penggunaan internet yang banyak dipaparkan sekarang. Tetapi sebagai pengguna bijak, kita semua seharusnya pandai dan berwaspada dengan apa sahaja peluang jana pendapatan di internet.
Ok. Berbalik kepada tajuk, terdapat 3 sumber pendapatan di internet sebenarnya iaitu perniagaan internet, program buat duit di internet dan juga pelaburan internet. Untuk program buat duit dan juga pelaburan internet, saya sarankan anda berhati-hati dengannya kerana ada yang betul dan ada yang tak betul(SCAM!). Yang seeloknya, ceburilah perniagaan internet kerana perniagaan internet sama sahaja konsepnya dengan perniagaan secara konvensional. Berniaga tetap berniaga. Yang menjadi kelebihan kepada perniagaan internet ialah ianya dapat tersebar di seluruh dunia, bukan setakat kat kawasan kampung anda saja..:)
Diharap sedikit perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada anda. Nanti saya akan kongsikan lagi info-info perniagaan internet..
topik ringkas tapi padat. perniagaan internet memang seronok sebab kita duduk di rumah sahaja perniagaan boleh dijalankan. alhamdulillah sekarang dah genap 6 bulan buat perniagaan internet nie. sebelum ini buat perniagaan secara jualan langsung, penatlah kena pergi sana-sini, tapi jasa perniagaan ini memberikan ilmu dan pengalaman amat berharga sekali. sebahagiannya dapat diaplikasikan dalam perniagaan internet.
Alhamdulillah skang penerimaan masyarakat terhadap perniagaan internet semakin meningkat, cume perlu didedahkan dengan lebih giat..sebabnya, perniagaan internet merupakan satu model perniagaan yg tiada had, cume perlu kreatif dan pandai cari peluang..semua pasti berjaya!
Yeayyy.. Lepas nih aku bole kaya raya..!!
Hehe..insyaAllah…yg penting matlamat disusuli tindakan berlandaskan perancangan kompem membuahkan hasil..:)
Memang part buat dengan melabur ada bahaya sikit.. lepas tu banyak merapu lagi.. bagus lagi berniaga.. benda yang nyata lagi baik punya.. hehe..
Haah..btul tuh..kalau nk melabur sangat, pi melabur kt tempat yg btul2 selamat, mcm kt bskl…yg penting kena ade ilmu, baru x kena tipu..